Saturday, 30 March 2013

aku anak Malaysia

salam sabtu, 9.38 am

hari ni aku nak bercakap tentang ikhlas. pada aku ikhlas adalah sesuatu yang sangat halus bahkan lebih halus dari zarah. mencari ikhlas dalam diri bukan sesuatu yang mudah. melafazknnya memang mudah. tp adakah ianya ikhlas dari hati? biarlah ianya menjadi rahsia kita dengan Allah swt.

terpanggil menyuarakan isu ini, bila aku berjumpa dengan seorang hamba Allah ini, yang menyatakan saya ikhlas membantu anda, tapi hakikatnya ada balasan yang dia inginkan.
kadang2 membuatkan kita serba salah.

setiap perbuatan yang di bantu akan di ungkit satu persatu. adakah ianya ikhlas?

derma beribu2 tapi umumkan pada khalayak adakah ianya ikhlas atau sekadar ingin menunjuk2.

perasaan riak, takbur, hasad dengki merupakan penyakit hati yang sangat kronik.

sama2 kita berdoa kepada Allah swt supaya sentiasa menjadikan kita orang yang sentiasa bersyukur, serta merendah diri. sesungguhnya segala harta di dunia hanyalah pinjaman semata2..

bersihkan hati kita dengan sentiasa berzikir dan mengingati Allah..


MAti itu pasti, Hidup insyaAllah .....(petikan novel R.A.M)